Followers

Monday, June 6, 2011

Pentingnya mengenali makanan halal

Asslamualaikum semua...semoga sihat dan dimurahkan rezeki oleh Allah dan semoga amalan anda diterima oleh Allah...erm...entry aku hari ni pasal makanan la ye...semua orang suka makan..hari2 kena makan..makan je kena hari2..hehehe...pasal makanan ni aku saje nak cakap dari ape yang aku nampak dan dengar dari Tv,dari media masa ni..iaitu makanan yang dicampurkan dengan bahan haram seperti babi...banyak kes yang melibatkan penggunaan babi ni.bole kate multi function la babi ni..dari pakaian ke makanan.bukan setakat babi je tp banyak lagi seperti bangkai haiwan,darah haiwan dan kegunaanya pon banyak.

Sebagai seorang muslim..anda semua kalu bab memilih makanan dipasar adakah anda semua berfikir serta cek dulu barang tersebut sebelum membelinyer?

Kalo tanyer aku..memang aku akan cek dan perhati label makanan.Bila hati aku dan otak aku kate 'confident'...aku beli...especially ade logo halal.

Ape pulak kalo korang ragu2? ape yang aku tau kalo dah ragu2 tu da masuk kategori Syubhah iaitu hati kite rasa ragu2 terhadap barang yang dibeli samada halal atau haram dan syubhah ni hampir kepada haram.

Sebelum tu,citer cikit pasal kat opis aku ni. aku tak tahu la tahap kesedaran saudara seislam aku kat opis ni samada ade kesedaran ke or buat2 tak tau je ke or malas nak ambik tau..Pasal makanan laaa ni...
Kebanyakan ape yang aku tengok dari geng seopis aku ni relax semacam je makan ape yang diberi oleh geng yang bukan islam.contoh nye coklat yang si geng bukan islam ni beli dari Indon.dah la tak de label halal.slumber yeah2 je makan coklat tu... bukan setakat coklat...before ni pon ade jugak benda len diaorang makan dengan slumbernyer...Seperti info yang aku dapat dapat dari (lukisanduniaku)

>Daripada Abu Abdullah al-Nu’man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:

Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang / jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang / jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.

Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.Ketahuilah ia adalah hati.(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)

>Setakat ape yang aku faham,kalo kite tak jage pemakanan kite..effect kepada hati kite.hati jadi gelap...kalo dah gelap..faham2 je la...susah nak mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah.aku just nak tekankan kat sini kalo bab makan ni kena la lebih hati2.

Banyak info korang bole dapat darilukisanduniakubanyak menjelaskan betapa pentingnyer kita berhati2 dalam bab2 makanan ni.



Thanks to (lukisanduniaku)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...